Dream = Mimpi

Sunday, October 21, 2012


"I dream of you last night. At least you were there in my dreams. Even though I'd have to wake up and live with the fact that not in the reality."

Memang benar. Aku termimpikan si dia. Adakah ianya petanda yang dia juga mimpikan ku? Kebarangkaliannya tidak. Lihat saja pada realiti. Mungkin aku masih ada sedikit tempat di hatinya. Namun sangatlah sedikit jika dibandingkan dengan orang lain. Sungguh kecil aku di pandangannya.

"I wish she dream of me too."

Namun jika dia ada berada bersamaku pada ketika ini, aku kurang yakin yang dia akan mempercayai kata-kataku. Apa yang aku mimpikan. Apa yang aku rasakan. Jadi biarlah ianya jadi memori yang indah bagi ku... Huh? Bukan. Angan-angan indah. Ya. Itu adalah lebih tepat.

"Don't waste your tears to a mortal being like her. Save it for yourself. Save it for God."

Aku tidak nafikan yang ini. Tapi aku lemah. Tersangat-sangat lemah. Lebih-lebih lagi kepada dia. Mungkin kedengaran seperti kurang siuman. Namun inilah yang dipanggil cinta. Tetapi adakah cinta ini akan bertahan lama? Atau adakah ianya akan tersemat selamanya di hati tanpa pengetahun orang lain? Wallahu'alam.

"Memahami adalah satu perkara. Menerima adalah sesuatu yang lain. Memahami & menerima adalah gabungan persepsi, konklusi & perbuatan."

Adakah aku merepek? Persetankan. Ini adalah apa yang aku rasa & fikir. Ini adalah logika aku. Ini adalah aku.

*persepsiku, pemikiranku, andaianku, konklusiku



Aku & Kini

Sunday, October 14, 2012

Pegi mampus orang nak cakap apa. Hari ini aku nak luahkan hati & perasaan kat sini.

Ya. Aku tau sebab dah sekian lama aku tidak berbuat sedemikian rupa. Tapi ini blog aku. Tak suka boleh  tekan Ctrl + W.

Ya. Aku tertekan. Belajar? Duit? Perasaan? Kawan-kawan? Semuanya telah berubah dalam masa yang sangat singkat bagi aku. 
Kini aku bukan lagi bergelar mahasiswa.
Kini aku tidak lagi di bawaj tanggungan penuh ibu bapa ku. Walaupun ditawarkan, terpaksa aku menolak kerana aku tahu mereka pun kesempitan. Jikalau ada lebih akan aku hulurkan kepada mereka juga.
Kini kawan-kawan aku telah banyak berubah disebabkan oleh persekitaran mereka & juga orang-orang di sekeliling mereka.
Kini aku dalam perhubungan yang tidak pasti hala tujunya. Hanya redha pada Qada' & Qadar dengan usaha mana yang aku termampu.

Ya. Aku tau Allah SWT menguji aku. Dia hanya akan bagi ujian yang hambaNya mampu tempuhi. Tidak akan lebih mahupun kurang. Wallahu'alam.

Ya. Aku redha. Aku terima. Namun cara aku menerima & mengendalikan diriku dalam situasi ini mungkin tidak menampakkan seperti apa yang aku kata. Aku hanya insan biasa. Malahan entah di mana aku di pandangan Tuhan. Sedangkan manusia pun kebanyakkannya memandang enteng dan tidak mempedulikan aku.

Ya. Memang aku anak tunggal. Namun itu bukanlah bererti yang aku mampu memilik apa saja yang dihajati kerana aku satu-satunya tanggungan. Bukanlah bermaksud yang saudara-mara boleh sesuka hati meminjam, meminta atau malahan mengambil kesempatan terhadap harta ibu bapa ku. Aku merayu, mereka pun cukup-cukup makan. Mereka pun ada kemahuan. Tolonglah...
Keluarga aku hanya keluarga yang sederhana. 
Hanya mampu memiliki apa yang sedia ada.
InsyaAllah... Jika Tuhan membenarkan, akan aku ringankan beban mereka ini.

Ya. Aku terasa aku semakin jauh & rengang dengan beberapa kawan aku yang pernah ku rapat dahulu. Aku tahu. Mereka pun ada hidup masing-masing. Mereka pun ada komitmen. Tetapi tidakkah sebelum ini sama? Wallhu'alam. Apa un yang terjadi. Aku meminta maaf atas khilafku terhadap kamu semua. Aku juga memaafkan kamu semua

"Biar tersilap ampun. Jangan tersilap hukum."

Ya. Aku kini telah jatuh hati kepada si dia yang tidak pasti. Namun aku redha. Akan aku tunggu. Akan aku cuba. Kerana setelah bertahun-tahun lamanya, barulah hati aku terbuka kepada seorang gadis. Ya. Hanya dia seorang ku nampak di hijab ku. Ya. Aku mengimpikan & mengharapkan keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah.
Ya. Aku tahu adalah terlalu awal untuk memikir ini tentang perihal ini. Namun, buat pertama kalinya aku merasakan jikalau aku tidak melakukan apa-apa, aku akan kerugian. Buat pertama kalinya, perasaan aku terhadap gadis bukan Muhrim bukan sekadar nafsu. Buat pertama kalinya aku ingin membawa seorang gadis pulang ke rumah untuk berjumpa dengan ibu bapa ku.
Ya. Aku sedar akan darjat ku dengan si dia berbeza. Adakah aku mampu? Itu tidak menjadi persoalan. Itu adalah matlamat. Sesungguhnya aku sangat menyayangi si dia. 

Astaghfirullah... Subhanallah...

Ya. Masalah ku tidakklah sesukar mana. Bukanlah masalah dunia. Malahan jika aku hilang pada keesokkan harinya, mungkin tidak ramai yang perasan. Mungkin tidak ramai yang terasa kehilanganku.
Namun untukku, semua ini adalah sangat baru. 
Semua ini adalah sangat asing.
Namun semua ini telah terjadi atas sebab-sebabnya yang tersendiri. Atas pilihan-pilihan aku sendiri sebelum ini. Atas dosa-dosa ku yang telah tersemat di dalam isi.