Bila Harian Metro Tiada Bahan Untuk Dilaporkan

Tuesday, August 2, 2011

Surat khabar Harian Metro sering kali dikaitkan dengan berita2 yang menggemparkan atau lebih kepada menjengkelkan.
Yeah its fun to read all the sex stories & bullshits whatsoever. Minus the number of pages that Dr Rozmey taken from the paper for his Jusmate there onle lik 30% left fo the real news & facts LOL.


Namun lately aku tengok Harian Metro seolah-olah ketandusan idea, kehilangan inspirasi, kegersangan bahan. kurang minum jusmate ke apa?
Biasa kalau bahagian arena tu kita paham laa kan ada berita pasal EPL, Liga Malaysia, golf, bowling & macam2 sukan lain lagi. Tapi tadi aku terbukak satu laporan dari Harian Metro yang agak senggama minda aku tengok....


sila klik sini untuk laporan penuh

Ya tuan-tuan & puan-puan. Harian Metro melaporkan tentang keputusan acara yang gilang gemilang yakni Kejohanan Olahraga Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Wellesley, Lunas.
Atau adakah Obe telah menjadi salah sorang reporter Harian Metro?
LOL


Apa Yang Tak De Time Puasa?

Monday, August 1, 2011







Ada satu elemen yang boleh dikatakan agak penting dalam kehidupan seharian kira yang konpem tak de dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ni

bukan makananan k

kehadirin makhluk yang ada di antara kita buat bestfriend siap jadi BFF lagi tu yakni SETAN
aku pun aman dah nak tido malam x de yang mengganggu HAHA

Mari kita preview sikit "kawan baik" korang ni ~xD


Sejak dari dahulu lagi malahan dalam sejarah manusia kepercayaan terhadap kewujudan makhluk2 ni yang bak orang kampung aku kata demonic sudah wujud. Entiti yang telah diberi pelbagai nama ini juga dapat dilihat dalam mitos, lagenda dan juga agama. Penyebaran agama2 Samawi (Abrahamic Religions) telah mendalamkan lagi kepercayaan & pemahaman tentang isu ini. Namun sedemekian banyak budaya telah sedia ada mempunyai pahaman sendiri tentang enititi ini yang di mana kadang2 lagi melampau dari apa yang ada dalam ajaran agama Samawi.


Di sini aku senaraikan 10 makhluk halus terhangat di pasaran daripada pelbagai agama & budaya yang berbeza.



Di Barat Djinn digelar genies. Mereka dikatakan hidup selari dengan kita manusia di dunia ni. Mengikut Al-Quran (Wallahualam) djinn mempunyai keinginan dah bebas berfikiran seperti manusia - maknanya meraka bolej jadi baik ataupun jahat lakhnatullah. Dikatakan badan & zatnya terdiri daripada api yang tidak berasap lebih kurang seperti syaitan. Sering juga berlaku kekeliruan antara djinn yang berbeza kewujudannya dengan syaitan.


Furies

Furies adalah makhluk dari mitos Greco-Roman. Di Rom dikenali sebagai Furies manakala di Greece pula dinamakan Erinyes. Dikatakan Furies adalah dewi2 dari neraka yang yang melambangkan dendam & kemarahan manusia yang mati pra matang (???). Merayau2 dia dunia untuk menghukum mereka yang memberi sumpah palsu. Bilangan enititi ini tidak dapat dipastikan tetapi biasanya menyerang dalam kumpulan bertiga. Rupanya selalunya mengerikan dengan darah menitis dari mata & mempunyai sayap kelawar yang membolehkan makhluk ini terbang.


Incubus

Incubus merupakan syaitan dari kisah dongeng Eropah. Nama Incubus datang dari perkata Latin 'Incubo' yang bermakna mimpi ngeri. Makhluk ini adalah jantan & suka baring atau tindih perempuan yang tengah tidur untuk berjimak dengan mereka (LOL). Tujuan mereka adalah untuk menghamilkan perempuan tersebut supaya ada anak (=___="). Namun kekerapan interaksi antara Incubus dengan mana2 perempuan boleh mengganggu kesihatan ataupun menyebabkan kematian.


Raiju

Raiju adalah makhluk lagenda dalam mitos Jepun. Namanya jika diterjemahkan bermaksud 'makhluk guruh'. Namanya juga secara tidak langsung melakarkan serba sedikit rupanya dalam minda. Badannya diciptakan dari api ataupun petir. Tetapi rupanya tidak tetap & dikatakan berupa kucing, monyet mahupun serigala biru dikelilingi petir. Ketika guruh ataupun ribut melanda, Raiju menjadi gelisah & tidak tenteram. Maka ia mula melompat dari pokok ke pokok atau bangunan.
Raiju adalah teman Rajin, tuhan kilat Shinto. Makhluk ini dikatakan gemar berehat di dalam pusat manusia yang tidur. Untuk mengejutkannya, Raijin terpaksa menyambar petir ke arah Raiju untuk mengejutkannya yang di mana secara tidak langsung manusia juga akan tersambar sekali tak pasal2. Oleh kerana itu, orang2 Jepun mengamalkan tidur meniarap untuk mengelakkan insiden ini.
baru aku tau asal usul nama Pokemon Raichu & Raikou HAHA


Succubus

Succubus adalah makhluk betina yang sekutu dengan Incubus. Mereka sering ke kamat lelaki ketika malam untuk menggoda mereka dalam mimpi. Antara lelaki kegemara eniti ini untuk digoda ialah golongan sami, paderi ataupun bak kata orang yang kuat Imannya. Succubus perlu mengeluarkan tenaga batin dari lelaki untuk hidup umpama kuntilanak yang perlukan darah. Dahulu mereka digambarkan dengan agak ngeri dengan sayap & berekor ular. Namun peredaran zaman telah mengubah penampilan mereka menjadi ahli sihir yang jelita supaya lebih senang untuk menggoda lelaki.


Pazuzu

Kedua2 orang Assyria & Babylon mengenali Pazuzu sebagai raja syaitan angin. Dia melambangkan angin barat daya yang membawa kemarau & ribut. Entiti ini adalah pembawa belalang ketika musim hujan yang akan kebuluran ketika musim kemarau. Sering digambarkan sebagai makhluk yang menyerupai gabungan antara manusia & haiwan. Biasanya badan manusia, kepala singa & sepasang sayap. Makhluk ini jugalah yang menjadi bintang dalam filem The Exorcist.


Berith

Berith adalah syaitan yang sering dikaji dalam agama Kristian. Digelar "Great Duke of Hell". Dikatakan berith adalah komander 26 kumpulan syaitan lain. Seringkali digambarkan sebagai askar yang menunggang kuda merah yang disarung kain merah dan memakai mahkota emas. Kadang kala Berith sendiri akan berkulit merah juga. Boleh diseru oleh manusia namun jika tidak memakai cincin perak, Berith akan menyeksa manusia tersebut sehingga menjadi gila sebelum membunuhnya.


Banshee

Banshee adalahm entiti yang berasal dari Ireland. Namanya datang dari 'bean sidhe' yang bermaksud wanita kayangan tanah tinggi. Entiti ini dianggap petanda kematian atau utusan dari alam barzakh. Banshee memberitahu kematian semakin hampir dengan membuat bunyi atau suara yang luluh yang seolah2 meratapi kematian di kawasan gelap ketika malam. Rupanya berbeza mengikut kisah & mitos yang diturunkan. Ada yang mengatakan rupanya hodoh & mengerikan namun ada juga yang berkata sebaliknya. Mendengar ratapannya yang sayu adalah amaran bahawa kematian semakin menghampiri anda atau orang yang tersayang.


Pishacha

Pishacha adalah syaitan dalan mitos Hindu. Dikatakan memakan daging di temat membakar mayat & menyorok di tempat2 yang gelap. Mampu berubah bentuk & juga halimunan. Sering merasuk manusia yang di mana akan menyebabkan mangsa rasukan mengalami ketidaknormalan & berpenyakit. Hilang waras adalah kesan biasa apabila dirasuk.

Abaddon

Juga dari tradisi agam Kristian. Juga dikenali sebagai Apollyon dalam mitos Greek yang bermaksud si pemusnah. Pernah dilihat dalam kitab Injil tulisan St John. Dalam budaya Yahudi pula, Abaddon bermakna tempat untuk kemusnahan namun dalam kitab2 Kristian dia digambar sebagai individual. Digambarkan sebagai raja 'bottomless pit' yang mengurung roh yang sesat & juga merupakan komander 'viscous plague of locust'. Dalam kajian luar dari jaran Injil Kristian, dia digambarkan sebagai malaikat pemusnah, ketua hari kiamat & juga ketua Syaitan di neraka.


Apa macam? Agak camne rupa dorang keluar skali time Ramadhan habis kan? =)