Di Barat Djinn digelar
genies. Mereka dikatakan hidup selari dengan kita manusia di dunia ni. Mengikut Al-Quran (Wallahualam) djinn mempunyai keinginan dah bebas berfikiran seperti manusia - maknanya meraka bolej jadi baik ataupun jahat lakhnatullah. Dikatakan badan & zatnya terdiri daripada api yang tidak berasap lebih kurang seperti syaitan. Sering juga berlaku kekeliruan antara djinn yang berbeza kewujudannya dengan syaitan.
FuriesFuries adalah makhluk dari mitos
Greco-Roman. Di Rom dikenali sebagai
Furies manakala di Greece pula dinamakan Erinyes. Dikatakan
Furies adalah dewi2 dari neraka yang yang melambangkan dendam & kemarahan manusia yang mati pra matang (???). Merayau2 dia dunia untuk menghukum mereka yang memberi sumpah palsu. Bilangan enititi ini tidak dapat dipastikan tetapi biasanya menyerang dalam kumpulan bertiga. Rupanya selalunya mengerikan dengan darah menitis dari mata & mempunyai sayap kelawar yang membolehkan makhluk ini terbang.
IncubusIncubus merupakan syaitan dari kisah dongeng Eropah. Nama
Incubus datang dari perkata Latin
'Incubo' yang bermakna mimpi ngeri. Makhluk ini adalah jantan & suka baring atau tindih perempuan yang tengah tidur untuk berjimak dengan mereka (LOL). Tujuan mereka adalah untuk menghamilkan perempuan tersebut supaya ada anak (=___="). Namun kekerapan interaksi antara
Incubus dengan mana2 perempuan boleh mengganggu kesihatan ataupun menyebabkan kematian.
Raiju
Raiju adalah makhluk lagenda dalam mitos Jepun. Namanya jika diterjemahkan bermaksud 'makhluk guruh'. Namanya juga secara tidak langsung melakarkan serba sedikit rupanya dalam minda. Badannya diciptakan dari api ataupun petir. Tetapi rupanya tidak tetap & dikatakan berupa kucing, monyet mahupun serigala biru dikelilingi petir. Ketika guruh ataupun ribut melanda,
Raiju menjadi gelisah & tidak tenteram. Maka ia mula melompat dari pokok ke pokok atau bangunan.
Raiju adalah teman
Rajin, tuhan kilat Shinto. Makhluk ini dikatakan gemar berehat di dalam pusat manusia yang tidur. Untuk mengejutkannya, Raijin terpaksa menyambar petir ke arah
Raiju untuk mengejutkannya yang di mana secara tidak langsung manusia juga akan tersambar sekali tak pasal2. Oleh kerana itu, orang2 Jepun mengamalkan tidur meniarap untuk mengelakkan insiden ini.
baru aku tau asal usul nama
Pokemon Raichu & Raikou HAHA
Succubus
Succubus adalah makhluk betina yang sekutu dengan
Incubus. Mereka sering ke kamat lelaki ketika malam untuk menggoda mereka dalam mimpi. Antara lelaki kegemara eniti ini untuk digoda ialah golongan sami, paderi ataupun bak kata orang yang kuat Imannya.
Succubus perlu mengeluarkan tenaga batin dari lelaki untuk hidup umpama kuntilanak yang perlukan darah. Dahulu mereka digambarkan dengan agak ngeri dengan sayap & berekor ular. Namun peredaran zaman telah mengubah penampilan mereka menjadi ahli sihir yang jelita supaya lebih senang untuk menggoda lelaki.
Pazuzu
Kedua2 orang Assyria & Babylon mengenali
Pazuzu sebagai raja syaitan angin. Dia melambangkan angin barat daya yang membawa kemarau & ribut. Entiti ini adalah pembawa belalang ketika musim hujan yang akan kebuluran ketika musim kemarau. Sering digambarkan sebagai makhluk yang menyerupai gabungan antara manusia & haiwan. Biasanya badan manusia, kepala singa & sepasang sayap. Makhluk ini jugalah yang menjadi bintang dalam filem The Exorcist.
Berith
Berith adalah syaitan yang sering dikaji dalam agama Kristian. Digelar
"Great Duke of Hell". Dikatakan
berith adalah komander 26 kumpulan syaitan lain. Seringkali digambarkan sebagai askar yang menunggang kuda merah yang disarung kain merah dan memakai mahkota emas. Kadang kala
Berith sendiri akan berkulit merah juga. Boleh diseru oleh manusia namun jika tidak memakai cincin perak,
Berith akan menyeksa manusia tersebut sehingga menjadi gila sebelum membunuhnya.
Banshee
Banshee adalahm entiti yang berasal dari Ireland. Namanya datang dari
'bean sidhe' yang bermaksud
wanita kayangan tanah tinggi. Entiti ini dianggap petanda kematian atau utusan dari alam barzakh.
Banshee memberitahu kematian semakin hampir dengan membuat bunyi atau suara yang luluh yang seolah2 meratapi kematian di kawasan gelap ketika malam. Rupanya berbeza mengikut kisah & mitos yang diturunkan. Ada yang mengatakan rupanya hodoh & mengerikan namun ada juga yang berkata sebaliknya. Mendengar ratapannya yang sayu adalah amaran bahawa kematian semakin menghampiri anda atau orang yang tersayang.
PishachaPishacha adalah syaitan dalan mitos Hindu. Dikatakan memakan daging di temat membakar mayat & menyorok di tempat2 yang gelap. Mampu berubah bentuk & juga halimunan. Sering merasuk manusia yang di mana akan menyebabkan mangsa rasukan mengalami ketidaknormalan & berpenyakit. Hilang waras adalah kesan biasa apabila dirasuk.
Abaddon
Juga dari tradisi agam Kristian. Juga dikenali sebagai
Apollyon dalam mitos Greek yang bermaksud si pemusnah. Pernah dilihat dalam kitab Injil tulisan St John. Dalam budaya Yahudi pula,
Abaddon bermakna tempat untuk kemusnahan namun dalam kitab2 Kristian dia digambar sebagai individual. Digambarkan sebagai raja
'bottomless pit' yang mengurung roh yang sesat & juga merupakan komander
'viscous plague of locust'. Dalam kajian luar dari jaran Injil Kristian, dia digambarkan sebagai malaikat pemusnah, ketua hari kiamat & juga ketua Syaitan di neraka.
Apa macam? Agak camne rupa dorang keluar skali time Ramadhan habis kan? =)