30 Hari Seorang Kristian Sebagai Muslim

Monday, January 2, 2012


'30 Days' adalah rancangan realiti televisyen di rangkaian kabel FX di Amerika Syarikat, dicipta dan dihoskan oleh Morgan Spurlock.

Dalam setiap episod, Spurlock, atau beberapa orang lain atau kumpulan orang, menghabiskan masa 30 hari menyelami diri dalam gaya hidup tertentu dengan yang mereka yang tidak dikenali (bekerja dengan gai yang kecil, hidup dalam penjara, seorang Kristian hidup & mengikut amalan sebagai Muslim dan lain-lain), pada masa yang sama membincangkan isu-isu sosial dan semasa yang berkaitan.

Episod 'Muslim and America' adalah yang ketiga dalam musim pertama rancangan ini yang telah diudarakan pada 29 Jun 2005. Dalam episod ini, Dave Stacy, seorang Kristian 'soleh' yang mempunyai pandangan dan perspektif negatif terhadap umat Islam terpaksa menghabiskan masa 30 hari dengan keluarga Islam.
Peraturan yang perlu dikiuti selama 30 hari:
  1. Dave mesti ikut & amalkan segala tradisi Islam. Dari pakaian sehinggalah ke pemakanan.
  2. Dia mesti mengkaji Al-Quran setiap hari.
  3. Dave mesti bela janggut.

Apa yang aku tidak berkenan?

  1. Pak Arab yang sembahyang pakai seluar pendek atas paras lutut.
  2. Janggut bukanlah perkara wajib dalam Islam. tengok pak Arab lain dalam video ni pun bukan berjanggut sagat. Nampak sangat Morgan Spurlock tak buat homework betul-betul.
  3. Islam bukanlah tradisi. Islam itu adalah agama. Tradisi adalah lain, agama adalah lain. Tradisi berubah-ubah mengikut tempat, bangsa & masa. Agama langsung tidak berubah septatutnya tidak kira tempat, bangsa mahupun masa.

Apa jadi setelah 30 hari? Sila tonton video di bawah ini.

0 comments:

Post a Comment